Panik : Bagaimana meletakkan tanda `berhenti'? APABILA panik, seseorang akan mula mempunyai pemikiran yang negatif - `Saya tidak boleh menjawab langsung', `Saya tidak ingat apa yang dipelajari', `Saya akan gagal' dan sebagainya. Satu nasihat penting untuk anda, jika anda mula mempunyai perasaan begini, anda perlu secara mental, dan berkata pada diri anda `BERHENTI'! Untuk lebih mudah, bayangkan tanda isyarat di jalan raya yang menunjukkan `BERHENTI' dan cuba beberapa teknik di bawah. Ia mungkin dapat membantu anda. Di bawah ini adalah antara cara-cara yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan rasa panik. 1. Menurut ahli psikologi, anda boleh mengurangkan rasa panik ini dengan cara mewujudkan rasa sakit yang `ringan' pada diri anda. Contohnya ialah menekan tapak tangan dengan jari anda. Sedikit perasaan sakit ini dikaitkan mampu menyekat perasaan panik yang menguasai diri anda sebelum ini. Ada juga orang yang memakai getah di pergelangan tangan dan akan menarik getah itu perlahan-lahan dan supaya ia terkena sedikit pergelangan tangannya apabila mereka mula merasa takut atau panik. 2. Ada juga yang menggunakan teknik bercakap pada diri sendiri. Contohnya dengan secara berulang-ulang berkata pada diri anda, `tenang' atau `jangan panik' dapat membantu mengurangkan rasa panik dan takut. 3. Beri fokus kepada perkara lain daripada hanya melayan rasa takut anda. Contohnya ialah dengan melihat keluar dan cari objek atau perkara-perkara yang boleh menghilangkan tumpuan anda kepada rasa takut seperti mencari berapa ramai orang yang memakai baju hitam, berapa ramai yang berambut panjang dan sebagainya. Yang penting ialah anda `menyibukkan' minda anda dengan perkara-perkara lain dan bukannya memberi tumpuan kepada perasaan takut dan panik yang sedang anda hadapi. 4. Anda juga boleh mencuba teknik memikirkan sesuatu atau seseorang yang menyenangkan anda selama beberapa minit. Contohnya membayangkan anda menghabiskan masa cuti selepas peperiksaan dengan melakukan perkara-perkara yang anda idam-idamkan selama ini. Anda juga boleh membayangkan diri anda menonton televisyen 24 jam sehari selepas ini. Sesuatu yang anda tidak boleh lakukan sebelum ini kerana sibuk mengulang kaji. 5. Ketika panik, kita selalu mengeluarkan kata-kata negatif pada diri sendiri seperti ``Saya akan gagal,'' ``Saya orang yang tidak berguna,'' dan sebagainya. Cuba tukarkan dengan kata-kata yang lebih positif seperti ``Saya boleh hadapi semua ini. Ini hanya perasaan panik,'' ``Relaks, beri tumpuan, saya mesti boleh,'' ``Apa yang ditakutkan, ini hanya peperiksaan biasa, saya boleh melakukannya,'' dan sebagainya. Pilihlah mana-mana teknik yang anda rasakan paling sesuai kerana setiap orang mempunyai kaedah tersendiri untuk menenangkan diri. lokasi artikel : http://www.tutor.com.my
Readers have left 6 comments. Comment "Anda juga boleh mencuba teknik memikirkan sesuatu atau seseorang yang menyenangkan anda selama beberapa minit. Contohnya membayangkan anda menghabiskan masa cuti selepas peperiksaan dengan melakukan perkara-perkara yang anda idam-idamkan selama ini"..haha gOod Point!.... Comment hmmm....betol! kalau aku,aku pon pk waktu dah abih exam nnt.. mesti enjoy giler ahh! heheheee.....n that makes me feel great ![[smiley=laugh]](http://www.education.bestforever.com/components/com_jreactions/custom/templates/corporate_blue/smileys/smiley_laugh.gif) ! Comment ingat Tuhan.. pasti kita boleh melakukannya ![[smiley=happy]](http://www.education.bestforever.com/components/com_jreactions/custom/templates/corporate_blue/smileys/smiley_happy.gif) Comment begi gempak spm tahun ni ![[smiley=think]](http://www.education.bestforever.com/components/com_jreactions/custom/templates/corporate_blue/smileys/smiley_think.gif) |